KUPTM News

MAJLIS APRESIASI SK PANDAN INDAH 2018

22 Disember 2018, Kuala Lumpur: YBhg Prof T.S Dr. Ahmad bin Othman, TNC PPK menjalankan tugas Naib Canselor dijemput untuk merasmikan Majlis Apresiasi SK Pandan Indah (SKPI) yang bertujuan menghargai dan meraikan kejayaan pelajar-pelajar.

 

Bagi pihak KUPTM, kami merakamkan penghargaan kepada Puan Noridah binti Manap, Guru Besar SKPI di atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan, juga tidak lupa kepada seluruh warga SKPI.

Semoga SKPI akan terus maju jaya serta aktiviti ini akan menjadi permulaan kepada hubungan dua hala yang lebih baik. 

 

SUMBER: FACEBOOK PAGE KOMUNIKASI KORPORAT KUPTM . Dapatkan Infro Terkini KUPTM melalui FACEBOOK.COM

 

Admin