KUPTM News

KUPTM dinobatkan Johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018

30 Oktober 2018 | Bangi . Pasukan debat KUPTM1 dinobatkan sebagai johan pertandingan Debat Antirasuah IPMa 2018 menewaskan pasukan debat UniKL UBIS dalam sesi perdebatan yang sengit dengan keputusan juri 4:3 dan margin 2. Pasukan KUPTM2 pula mendapat tempat ketiga bersama setelah tewas kepada UniKL UBIS di separuh akhir.

Selain itu, saudara Muhammad Jazlie dan saudari Aziah Zakiah juga telah disenaraikan dan menerima hadiah sebagai 10 pendebat terbaik sepanjang pusingan awal. Lebih manis lagi apabila saudara Muhammad Jazlie turut dinobatkan pendebat terbaik perlawanan akhir dan keseluruhan.

 

Pertandingan debat tersebut dianjurkan oleh Unit integriti MARA dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Turut hadir adalah Timb. Presiden HEP KPTM, Encik Mohd Rosli, TNC HEPA, Dr. Mohd Noor Azman, dan Encik Kassim Osman.

Tahniah sekali lagi dari warga kerja KUPTM di atas kejayaan pasukan ini yang dibimbing oleh Puan Nur Filzahruz, penasihat YOC.

 

Senarai Pasukan

Kuptm 1
1. Muhammad Jazlie bin Jabarudin
2. Syed Jaafar Ali Bin Mohd Baheri
3. Muhammad Asek bin Abdullah
4. Nur Farah Faziera bt Ibrahim

Kuptm 2
1. Muhamad Haziq bin Md Saleh
2. Aziah Zakiah binti Zahari
3. Intan Jashmira bt Jabarudin
4. Muhammad Hafizuddin Daniel bin Salehuddin

 

Tahniah diucapkan

 

Sumber: Facebook Komunikasi Korporat KUPTM