KUPTM News

TAHNIAH KUPTM KL di Innompic Games 2018

AHAD,30 September 2018: Pasukan Innompic dari KUPTM KL telah berjaya berada di tempat ke-3 dalam pertandingan akhir 2nd INNOMPIC GAMES yang berlangsung di UNIKL, Kuala Lumpur. Pasukan KUPTM KL mewakili negara bersama peserta dari uzbekistan untuk membentuk pasukan bersama dinamakan sebagai Team MALUZ. Team MALUZ berjaya mengalahkan pasukan dari pelbagai negara termasuk dari India, Russia serta Vietnam untuk menempah slot peringkat akhir. 

 

 

Pasukan MALUZ terdiri daripada FARHANAH BINTI MOHAMED KAMALUDIN ,ARISSA ALEENA BINTI HAMID, NURUL ADILA BINTI ABDUL HALIM dan NUR YASMIN AZRA BINTI AZMI. Pasukan ini telah dimentor oleh penasihat YOUTH ORATORY CLUB iaitu Puan Nur Filzahruz Binti Muhammad Sah. Turut hadir bersama-sama mereka pada pertandingan tersebut adalah Dr. Mohd Noor Azman, menjalankan tugas TNC Pembangunan Pelajar, Dr Mas Anom, penasihat MPP, dan beberapa Exco MPP.

 

TAHNIAH DIUCAPKAN

 

Sumber: FB Komunikasi Korporate KUPTM KL