KUPTM News

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT KUPTM KL 2018

ISNIN 3 SEPT 2018- Tanggal 31 Ogos 2018, Malaysia meraikan hari kebangsaan yang ke 61 dengan tema tahun ini Sayangi Malaysia. KUPTM tidak ketinggalan untuk menyambut Hari Kebangsaan dengan menganjurkan Malam Ambang Kemerdekaan pada 30 Ogos malam bertempat di Dataran KUPTM. Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya persembahan dari para pelajar, cabutan bertuah serta acara acara lain. Kemuncak bagi program ini adalah pertunjukan bunga api yang dilancarkan di dataran KUPTM tepat jam 12.00 tengah malam.