KUPTM News

SESI MENANDATANGANI LETTER OF INTENT (LOI) ANTARA KOLEJ UNIVERSITI POLY-TECH MARA DAN SEKOLAH TINGGI PEMBANGUNAN MASYARAKAT DESA APMD

12 April 2018, Khamis - Telah berlangsung sesi menandatangani Letter of Intent (LOI) antara Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur dengan Sekolah Tinggi Pembangunan Masyarakat Desa APMD, Yogjakarta disaksikan oleh wakil KUPTM dan wakil dari APMD bagi memperkukuhkan lagi jejaring kerjasama di dalam bidang kelestarian dari dua negara serumpun.

Majlis menandatangani LoI itu yang berlangsung di Kolej Univerisiti Poly-Tech MARA menyaksikan KUPTMKL diwakili, Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus menjalankan tugas Naib Canselor KUPTM, Prof. Dato Dr. Muhamad Nasir Bin Hj Saludin, manakala APMD diwakili Ketua Sekolah Tinggi Pembangunan Masyarakat APMD, Dr. Habib Muhsin.

Persefahaman kerjasama ini meliputi perkongsian kepakaran dan teknikal, seminar bengkel dan pelbagai lagi aktiviti lain yang berkaitan.

Sumber FB : KUPTM Kuala Lumpur