KUPTM News

MINI EXHIBITION SCTS 2017

KUPTM, Kuala Lumpur, 14 Ogos 2017(Isnin) - "Mini Exhibition" bagi sesi Semester May 2017 telah dianjurkan oleh Sekolah Pengkomputeran dan Sains Teknologikal (SCTS). Program yang dijalankan selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Zubaidah binti Zainal Abidin(Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan) dengan diiringi oleh Dr. Zahrah Yahya (Dekan SCTS), Pn. Jihadah Ahmad (Timbalan Dekan SCTS) dan Pn. Roslinda Murad (Koordinator Penyelidikan). Sebanyak 54 booth pameran yang terdiri daripada mahasiswa Degree in Information Security (CC202) dan Diploma in Computer Science (CC101) telah mengambil bahagian dalam pameran tersebut. Pameran ini bertujuan untuk membuka ruang kepada para mahasiswa membuat pameran dan demonstrasi aplikasi dan penyelidikan yang dibangunkan bagi projek tahun akhir mereka. Pihak SCTS mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang terlibat dalam menjayakan program ini (pensyarah SCTS, CSR SCTS & KOMASA).