KUPTM News

PROGRAM “OUTREACH COMMUNITY” DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, PARIT GONG, JELEBU, NEGERI SEMBILAN

Pada tanggal 6 April 2019, sekumpulan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar Kolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur telah melaksanakan satu aktiviti sukarelawan bagi mengenali etnik dan suku kaum Orang Asli. Aktiviti sukarelawan ini dibawah naungan dan jagaan pensyarah iaitu Ustaz Muhammad Adli bin Ahmad. Aktiviti ini bertujuan melengkapkan projek bagi subjek Khidmat Masyarakat (MPU3412). Tempat yang dicadangkan dan dipilih oleh salah seorang peserta sukarelawan. Program ini terdiri daripada ahli jawatankuasa yang diketuai oleh Syed Muhammad Jamaludin Bin Syed Hanasudin sebagai Pengarah Projek, serta dibantu oleh Nurshahira Binti Suppian sebagai Timbalan Pengarah Projek dan seterusnya dibantu juga oleh AJK tertinggi iaitu Nur Syazwani, Muhaimin Fikri dan juga Rozi Hakimah. Pada masa yang sama, segala persiapan awal telah dilakukan bersama dan segala pembahagian tugas berjalan dengan lancar dan teratur.

Aktiviti zumba bersama Anak-Anak Orang Asli

Setibanya rombongan sukarelawan KUPTMKL disana, kesemua ahli disambut oleh penduduk kampung dan pengarah projek terus memberikan penerangan ringkas berkenaan tugasan yang akan dilaksanakan. Kesemua ahli dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B dan mereka terus melaksanakan tugas iaitu membersihkan surau dan dewan utama.

Kumpulan A mengecat dewan utama

Pada jam 12.30 tengahari, semua sukarelawan dan penduduk kampung berkumpul di dewan untuk makan tengahari dan berehat untuk solat yang bagi yang beragama islam. Program diteruskan dengan pengisian slot ceramah motivasi bersama anak-anak orang asli serta permainan berkumpulan. Setelah selesai aktiviti tersebut, kami telah meneruskan program dengan majlis penutup.

Gambar sukarelawan bersama Tok Batin dan penduduk kampung

Majlis ini melibatkan semua penduduk kampung, AJK kampung dan juga Tok Batin sendiri. Para sukarelawan dan juga AJK kampung menamatkan program tersebut dengan sesi fotografi bersama-sama. Kami juga turut menjamu seluruh ahli kampung Parit Gong untuk minum petang di dewan utama. Secara tidak langsung, kesemua sukarelawan sedikit sebanyak mendapat pengalaman baharu dalam progam yang dijalankan ini dan memperoleh nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri mahasiswa/i.

 

DISEDIAKAN OLEH:

NORIZATY BINTI IBRAHIM & SITI NORHADAWIAH BINTI JOSMAN

(Ahli Jawantankuasa Media Outreach Community Program)

Bachelor Business Administration (hons) Human Resource Management, Sem 7 0119.