KUPTM News

PROGRAM CSR IKATAN KASIH KOLEJ POLY-TECH MARA BERSAMA ANAK-ANAK ORANG ASLI DI ROYAL BELUM ANJURAN KELAB SUKAN & KAKITANGAN KPTM

Kelab Kebajikan dan Kesukanan KPTM/KUPTM telah menganjurkan program CSR ikatan kasih Kolej Poly-Tech MARA bersama anak anak orang asli kaum Jahai di Royal Belum pada 24 hingga 27 Januari yang lalu. Seramai 44 ahli KKSK telibat dalam program ini dimana ianya bertempat di Kampung Aman Damai, Royal Belum. Kelab Kebajikan dan Kesukanan KPTM/KUPTM juga telah menghulurkan bantuan berupa bentuk makanan serta pakaian kepada penduduk orang asli di situ. Selain itu, pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh pihak KKSK untuk anak anak kaum Jahai, aktiviti tersebut bertujuan menyantuni anak anak kaum Jahai disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kaum Jahai bersama pihak KPTM/KUPTM secara amnya. 

Menurut ketua projek program ini, saudara Mohd Zarul Bin Baharin, pensyarah KUPTM, pelaksanaan program ini berjaya mencapai objektif, dimana para peserta dapat mengenali lebih dekat mengenai cara hidup serta budaya kaum Jahai. Pada masa yang sama, membantu kaum Jahai dari segi keperluan seharian walaupun tidak banyak tetapi bermakna dalam mereka meneruskan kehidupan seharian. Saudara Zarul juga berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan pada masa akan datang.

Untuk mengetahu lebih lanjut mengenai program ini, dilampirkan rakaman aktiviti di sini.