KUPTM News

Srikandi Taekwondo KUPTM beraksi konsisten di peringkat negeri

Tahniah diucapkan kepada jaguh taekwondo KUPTM atas keputusan yang cemerlang dalam pertandingan taekwondo yang diadakan baru baru ini. Penglibatan altet KUPTM membuahkan hasil apabila berjaya berada dalam kelompok 3 terbaik sepanjang 2 pertandingan yang disertai. Diucapkan tahniah kepada 

Saudari Nor Nashihin Binti Abdullah, pelajar BE101 Diploma in Teaching English As A Second Language (TESL)

dan

Saudari Sharmaine Batrisyia Lai Binti Muhammad Zuhair Syafiq Lai, pelajar BE101 Diploma in Teaching English As A Second Language (TESL)

yang telah berjaya meraih pingat emas serta gangsa dalam pertandingan Nottingham Ultimate Taekwondo Showdown (N.U.T.S) pada 23 Mac 2019 yang lalu. Sebelum ini saudari Nor Nashihin juga telah meraih pingat perak manakala saudari Sharmaine Batrisyia meraih pingat gangsa pada pertandingan Taekwondo Piala Datuk Bandar Shah Alam pada 3 Mac 2019. Menurut penasihat kelab Taekwondo KUPTM, En Mohammad Khairuddin, penyertaan dalam pertandingan ini dialu alaukan kerana dapat meningkatkan lagi kemahiran sparring altet. Ini untuk mempersiapkan atlet taekwondo KUPTM dalam petandingan akan datang dan diharapkan dengan persembahan konsisten para atlet, ia dapat menempatkan KUPTM dikalangan institusi taekwondo terkenal di tanah air.

Syabas diucapkan!

Berminat menyertai kelab Taekwondo? layari Facebook KUPTM Taekwondo : https://www.facebook.com/taekwondoKUPTMKL/

ADMIN