KUPTM News

Selamat Datang Prof. Madya Dr. Darulihsan Bin Abdul Hamid dan Terima Kasih Prof. Ts. Dr. Ahmad Bin Othman

KUPTM Kuala Lumpur- 15 Mac 2019. Selamat datang diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof Madya Dr Darulihsan Bin Abdul Hamid dan tahniah diucapkan atas perlantikan sebagai Naib Cancelor Kolej Univerisiti Poly-Tech MARA. Sebelum menjawat jawatan naib canselor, beliau telah ditugaskan sebagai Dekan / Ketua Campus Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI) serta telah menjawat beberapa jawatan penting di UniKL sebelum ini. Seluruh warga KUPTM berbesar hati menerima kehadiran Yang Berbahagia Prof. Selamat bertugas diucapkan.

 

Manakala Prof. Ts. Dr Ahmad Bin Othman, yang memegang jawatan Naib Canselor sebelum ini, akan memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi. Sepanjang tempoh menjadi Naib Cancelor, beliau banyak mengalakkan penyertaan tenaga pengajar serta pelajar dalam bidang penyelidikan serta inovasi. Beliau juga telah memperkenalkan Geran Dalaman KUPTM serta beberapa projek inovasi yang lain. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Prof. Ahmad dari kami warga KUPTM. 

Selamat bertugas dan semoga maju jaya

 ADMIN

 

Read more...

ACCA High Achiever

 

15 FEBRUARY-  Congratulation to Fatin Naqiyyah, Safia Afiqah and Nur Sakinah for outstanding achievement in ACCA. Fatin , Safia and Sakinah are students from IPS (Institute of Profesional Studies) KUPTM. Their achievements will become an example for others to follow.

 

Fatin Naqiyyah binti Mohd Zulkufli

Average mark ACCA: 62 (straight sitting) 

Time to complete ACCA: 2 1/2 years

Average mark CAT: 79

Time to complete CAT: 1 1/2 years

 

Safia afiqah binti azhar

Acca affliate Average mark : 56

Time to complete : 3 years (within MARA dateline)

CAT average mark : 69

Time to complete :1.5 years

 

Achievements:

Special Awards ACCA session 1407

Dean's Award CAT session 1501 & 1507

KUPTM volleyball Player (Falcon Strike Volleyball Club)

- Johan Sukan Poly-Tech Se-Malaysia (SUPTEM) 2017

- Tempat ke-3 SUPTEM 2015

- Sukan IPT malaysia (SUKIPT)2016 & 2018

- tempat ketiga Sukan IPTS (MASISWA) 2015

 

Nur Sakinah Nabilah binti Junit

An ACCA affiliate

Complete ACCA within 3 years

CAT

MARA scholar under Skim Pelajar Cemerlang (SPC) 

SPM : Sekolah Tinggi Kluang

8A 1B (mendapat A utk Prinsip Akaun)

 

Awards & achievements :

CAT : Dean's list : Jan 15 

ACCA : Special award : July 16 & Jan 17

 

Congratulations! 

 

Best Wishes

 

News excerpt from Facebook: KUPTM Marketing . https://www.facebook.com/kuptmkl.official/?ref=br_rs

Read more...

PENDAFTARAN SESI JANUARI 2019

Kolej Universiti Poly Tech MARA, Kuala Lumpur, 19 hingga 20 Januari 2019 - Sesi pendaftaran untuk semester 0119 (Januari 2019) telah berlangsung di Kolej Universiti Poly-Tech MARA. Sesi pendaftaran berlangsung selama 2 hari dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Ramai warga kerja KUPTM serta para fasilitator turut terlibat dalam sesi pendaftaran. Para ibu bapa berpeluang untuk bertemu dengan ahli pengurusan KUPTM termasuk dekan fakulti , serta pengurusan tertinggi KUPTM bagi membincangkan perkara berkaitan. Inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan untuk 'turun padang' mendekati para pelajar dan ibu bapa amatlah dihargai.  

Bagi pelajar baru, fasilitator yg bertugas sentiasa membantu  mereka untuk menyesuaikan diri di KUPTM. Pendekatan baru juga digunakan bagi sesi pendaftaran pada kali ini dimana penggunaan video montaj diperluaskan sebagai informational video supaya penyampaian maklumat seperti biasiswa, akademik, kewangan serta hal ehwal pelajar dapat disalurkan dengan lebih berkesan. Idea penggunaan paparan video ini dicetuskan oleh Pendaftar KUPTM, En Kassim Bin Osman untuk memudahkan para pelajar serta ibu bapa untuk mendapatkan info secara tepat pada bila bila masa. Para tetamu dan warga kerja KUPTM menyambut baik pendekatan ini.

 Selamat datang diucapkan kepada para pelajar serta selamat kembali diucapkan juga kepada pelajar lama KUPTM. Diharap para pelajar dapat memanfaatkan masa muda anda untuk menimba ilmu di KUPTM supaya dapat menjadi insan yang hebat pada masa hadapan kelak.

Amazing KUPTM!

 Selamat Maju Jaya. 

Sekian

ADMIN

 

SUMBER: FACEBOOK Kolej Universiti Poly-Tech MARA - KUPTM Kuala Lumpur Marketing

Read more...

KUPTM KL OPEN DAY 2018

KUPTM Open Day

18/12/2018 | KUPTM Kuala Lumpur - Hari terbuka Kolej Universiti Poly-Tech MARA telah berlangsung dengan jayanya. Pelbagai aktiviti telah berlangsung di perkarangan kolej universiti dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk dari bahagian akademik, Majlis Perwakilan Pelajar serta Bahagian Hal Ehwal pelajar. Aktiviti aktiviti yang dijalankan termasuk permainan karnival, taklimat keselamatan cyber, ceramah serta penampilan artis dan selebriti tanah air.

Hari terbuka ini berlangsung dari 18 Disember hingga 20 Disember 2018. Pada hari ini (19 Disember) berlangsungnya On Campus Job interview bertempat di perpustakaan Al Khawarizmi. Diikuti dengan program penutup Jelajah Kemanusiaan IPT 2018 yang menampilkan Khai Bahar, PU Hilmi, Prof Dr Mohd Nor dan Nurdieana Mardzi. Jelajah Kemanusiaan ini berlangsung pada jam 11.00 pagi bertempat di ruang legar tengah KUPTM KL.

Sorotan semalam (18 Disember 2018)

 

 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tentatif Open Day ini, sila layari Facebook https://www.facebook.com/kuptmkl.official/ serta MPP KUPTM KL https://www.facebook.com/mppkuptmkl/

 

 

 

Read more...
Subscribe to this RSS feed